Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Police Aviation Conference 2013

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selama 2 hari, persidangan ini juga turut mempamerkan beberapa peralatan penerbangan berteknologi tinggi dan juga penceramah-penceramah jemputan dari pelbagai negara yang berpengetahuan luas dan mempu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/police-aviation-conference-2013
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:56 MYT

Police Aviation Conference 2013 
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan

KUALA LUMPUR - 4 September 2013. Persidangan Penerbangan Kepolisan (Police Aviation Conference) telah berlangsung selama 2 hari, bermula hari ini di Hotel Prince, Kuala Lumpur.

Persidangan kali ke-3 di Malaysia ini telah dianjurkan oleh Tangent Link dari United Kingdom dan dihadiri oleh 150 orang perwakilan dari 24 buah negara.

Selama 2 hari, persidangan ini juga turut mempamerkan beberapa peralatan penerbangan berteknologi tinggi dan juga penceramah-penceramah jemputan dari pelbagai negara yang berpengetahuan luas dan mempunyai kepakaran dalam bidang pengguatkuasaan undang-undang udara.

Delegasi Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB).

"Penganjuran persidangan ini sangat tepat pada masa kini dalam usaha mewujudkan kesedaran yang lebih besar dalam konteks penerbangan kepolisan di rantau ini dalam usaha meningkatkan keberkesanan operasi" antara ucaptama oleh YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim.

Persidangan ini juga membolehkan perwakilan berpeluang berinteraksi, bertukar maklumat operasi antara satu sama lain, pendekatan taktikal ketika menjalankan misi dengan sokongan udara dan berupaya mengangkat Pasukan Gerakan Udara PDRM bertaraf dunia pada tahun 2020, tambah beliau lagi.

Turut hadir, YDH SAC Kamarulzaman bin Md. Jan, Komander Unit Udara, YDH SAC Jamaluddin bin Ibrahim, Komander Unit Tindakan Khas, YDH ACP Kamaruddin bin Hj. Ismail, Komander Pasukan Gerakan Udara, Pangkalan Semenanjung Sg. Besi, YDH ACP Nasarudin bin Abdul, Penolong Pengarah Pesawat King Air, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota dari Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

Police Aviation Conference 2013
Pengerusi, Jen. Dato' Sri Abdullah bin Ahmad (B) dari Tentera Udara Diraja Malaysia

Police Aviation Conference 2013
Ucaptama...YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB).

Police Aviation Conference 2013
Jen. Dato' Sri Abdullah bin Ahmad menyampaikan cenderahati daripada Tangent Link kepada YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim

Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Antara perwakilan yang hadir...

Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Antara gerai-gerai pameran...

Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Police Aviation Conference 2013
Penceramah...S/Sgt Dave Domoney, Chief Reader, FDIV Crops Royal Canadian Mounted Police bersama peralatannya..
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM