Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Pengerang Berjaya Menahan 27 Pati

Diterbitkan: 03 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diberkas Marin Pengerang dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan hutan berhampiran Ladang Mados Tanjung Balau, Bandar Penawar, dekat sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-pengerang-berjaya-menahan-27-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT

Kota Tinggi, 3 Okt - Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diberkas Marin Pengerang dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan hutan berhampiran Ladang Mados Tanjung Balau, Bandar Penawar, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya membuat serbuan di hutan berhampiran Ladang Mados, Tanjung Balau, Bandar Penawar.

"Serbuan berjaya menahan seramai lapan PATI Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa," katanya.

"Mereka sedang menunggu bot pancung untuk balik ke Indonesia," tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, 19 lagi PATI Indonesia berjaya ditahan di jalan raya berhampiran bulatan Bandar Penawar, pagi tadi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat penyusupan, pihaknya telah membuat serbuan terhadap sebuah motokar jenis MPV di jalan berhampiran bulatan Bandar Penawar.

"Serbuan berjaya menahan seramai 19 PATI yang mana 18 orang adalah lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa.

"Pemandu motokar tersebut melarikan diri ke dalam hutan berhampiran," katanya.

Kesemua PATI mengaku secara lisan bahawa mereka baru masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan menggunakan bot pancung dari Indonesia, kata beliau.

Kesemua tangkapan daripada kedua-dua serbuan dibawa balik untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002).
Marin Pengerang Berjaya Menahan 27 Pati

ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM