Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Gelora Khas 19 Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan

Published: 01 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Superintenden Dimin Awang berkata, operasi yang bermula pada jam 7 pagi tersebut berjaya membuat tangkapan di dua lokasi berbeza yang melibatkan beberapa aset marin dengan kekuatan pegawai serta anggota PPM dan IPD Kuala Muda.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-gelora-khas-19-ditahan-atas-pelbagai-kesalahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:37 MYT

Kuala Muda, 30 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berjaya menahan 19 individu di atas pelbagai kesalahan dalam Op Gelora Khas 1, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Superintenden Dimin Awang berkata, operasi yang bermula pada jam 7 pagi tersebut berjaya membuat tangkapan di dua lokasi berbeza yang melibatkan beberapa aset marin dengan kekuatan pegawai serta anggota PPM dan IPD Kuala Muda.

Beliau berkata, pihak polis telah menahan 15 lelaki warga tempatan kerana positif dadah jenis heroin di kawasan persisiran pantai Kampung Tepi Sungai Kuala Muda dan kes akan siasat di bawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

"Seorang wanita berumur 30 tahun turut berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah berdekatan Permatang Keratong dan pihak polis telah menemui keratan straw pendek berisi serbuk dan ketulan jernih serbuk dipercayai syabu seberat 0.06 gram ", katanya.

Tambah beliau kes tersebut akan disiasat di bawah Sek 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi seratus ribu ringgit.

Gagal Pamer Dokumen Sah Tiga Remaja Myanmar Ditahan

Dalam pemeriksaan yang berasingan, polis turut menahan tiga orang remaja lelaki Myanmar berumur 16-18 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

"Kes ini akan disiasat di bawah Akta Imigresen Seksyen 6 (3) 1959/1963 ", tambahnya lagi.

Menurut beliau kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Dengan penahanan beberapa individu dalam operasi berkenaan menunjukkan ketangkasan pihak polis dalam menangani pelbagai kes dalam masa yang singkat.
Op Gelora Khas 19 Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan

ArticlePublished 01 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM