Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jalan Tutup Sempena Standard Chartered Kl Marathon 2015

Diterbitkan: 01 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beberapa jalan utama sekitar ibu kota akan di tutup secara berperingkat sempena Standard Chartered KL International Marathon 2015, pada Ahad ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jalan-tutup-sempena-standard-chartered-kl-marathon-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:46 MYT

Beberapa jalan utama sekitar ibu kota akan di tutup secara berperingkat sempena Standard Chartered KL International Marathon 2015, pada Ahad ini. 

Tiga jalan utama akan ditutup lebih awal bermula jam 10 malam pada Sabtu melibatkan Jalan Raja /Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja / Jalan Hishamudin. 

Turut serta Jalan Tunku Abdul Rahman/ Jalan Dang Wangi yang akan ditutup bermula jam 12 tengah malam manakala Lebuhraya Akleh dan Lebuhraya Duke pada jam 4 pagi. 

Jalan lain yang terlibat ialah Dataran Merdeka (Jalan Raja), Jalan Raja Laut, Jalan Semarang, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee. Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Jalatek, Lebuhraya Akleh, Lebuhraya MRR2, lebuhraya Duke dan Jalan Kuching. Bulatan Segambut, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salehuddin, Bulatan Datuk Onn, Jalan Parlimen dan Jalan Mahameru Jalan Damansara, Jalan Cenderawasih, Jalan Lembah, Jalan Tangling, Jalan Perdana, Bulatan Hishamudin, Jalan Hisyamudin, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Leboh Pasar Besar. 

Kesemua jalan itu akan ditutup sepenuhnya secara berperingkat 15 minit sebelum pelepasan pertama dan akan dibuka semula selepas marathon selesai pada 11 pagi, Ahad.

Sumber: Sinar Harian
Jalan Tutup Sempena Standard Chartered Kl Marathon 2015

ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM