Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Dadu 72 Mesin Simulator Dirampas

Diterbitkan: 18 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 72 mesin simulator dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dirampas polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga di pusat beli-belah Perangin Mall, di sini awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-dadu-72-mesin-simulator-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:09 MYT

Sebanyak 72 mesin simulator dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dirampas polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga di pusat beli-belah Perangin Mall, di sini awal pagi ini. 

Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berkenaan bersama 11 lelaki Bangladesh dan masing-masing seorang perempuan warga Indonesia serta seorang lelaki warga Nepal ditahan. 

Semua warga asing berkenaan ditahan di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki pas perjalanan yang sah atau pasport tamat tempoh. 

Sumber: Utusan Malaysia

Op Dadu 72 Mesin Simulator Dirampas

ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM