Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Cantas Khas Empat Termasuk Pasangan Kekasih Ditahan

Published: 18 Jun 2014 1.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuching - Polis menahan empat suspek termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai senjata berbahaya dalam Op Cantas Khas di Batu Kawa dan Kampung Tembawang, Sauh di Bau kelmarin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-khas-empat-termasuk-pasangan-kekasih-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:52 MYT

Kuching - Polis menahan empat suspek termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai senjata berbahaya dalam Op Cantas Khas di Batu Kawa dan Kampung Tembawang, Sauh di Bau kelmarin.

Senjata-senjata itu antaranya selaras senapang angin, dua pucuk pistol angin bersama peluru bebola besi, sebilah pedang samurai dan dua bilah pisau.

"Turut dirampas dua unit alat renjatan elektrik, tiga alat pemedih mata pepper spray, satu paket lutsinar dadah jenis ketamin, satu paket syabu, enam biji pil ekstasi, dua silinder gas dipercayai untuk ke-gunaan pistol angin dan dua alat penimbang" kata
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata beliau, polis sedang menyiasat kegiatan jenayah yang mungkin membabitkan empat suspek yang ditahan termasuk tujuan kegunaan semua senjata berbahaya itu.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Op Cantas Khas Empat Termasuk Pasangan Kekasih Ditahan

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM