Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Cantas Khas Cekup Individu Terlibat Pelbagai Jenayah

Published: 18 Jun 2014 12.36 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuala Lumpur, 27 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat tangkapan ke atas 1,895 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Cantas Khas yang di..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-khas-cekup-individu-terlibat-pelbagai-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:15 MYT

Kuala Lumpur, 27 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat tangkapan ke atas 1,895 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak 17 Ogos lalu sehingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah ditahan itu adalah daripada 56,398 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis.

Daripada jumlah individu ditahan itu, seramai 792 suspek yang ditahan berketurunan Melayu diikuti 591 Cina dan 252 India.

"Polis turut merampas senjata api iaitu dua laras senapang angin buatan sendiri, 20 butir peluru serta senjata tajam seperti pedang (12), pisau (29), Stun Gun (10), parang (19) dan masing-masing seunit kapak, besi tajam, tukul besi dan kayu panjang," katanya.

Abdul Jalil seterusnya berkata, pemeriksaan pihaknya ke atas 32,945 buah kenderaan berjaya merampas 28 buah kereta, motosikal (21) dan lain-lain kenderaan (12) yang dipercayai dicuri.

Menurut beliau, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, sebanyak 472 individu ditahan dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.

"Kita merampas senjata api, pedang, pisau dan 18 buah kenderaan curi. Jumlah individu yang ditahan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 7,962 orang dan 5,053 kenderaan," katanya.

Beliau memberitahu, dalam operasi itu, seramai 153 orang pegawai kanan serta 767 anggota JSJ daripada seluruh negara telah bergabung tenaga menjayakannya.

Op Cantas Khas Cekup Individu Terlibat Pelbagai Jenayah

Sumber : Utusan Malaysia

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.36 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM