Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Cantas 20 Individu Ditahan

Published: 18 Jun 2014 12.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Polis menahan 20 individu dalam Op Cantas Khas mengesan penjenayah disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap di Pangsapuri Desa Mentari dan Desaria, awal pagi semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-20-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:38 MYT

Polis menahan 20 individu dalam Op Cantas Khas mengesan penjenayah disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap di Pangsapuri Desa Mentari dan Desaria, awal pagi semalam.

Ketika serbuan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, seorang lelaki dikatakan nekad memanjat dari tingkat ke tingkat bahagian luar pangsapuri itu apabila menyedari kehadiran polis sebelum dapat melepaskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan berkata, lokasi dipilih berdasarkan rekod dan maklumat individu yang dikehendaki berada atau menetap.

Sejak Op Cantas dilaksanakan, trend jenayah menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus dan kes-kes jenayah membabitkan kekerasan turun Sembilan peratus.

Op Cantas 20 Individu Ditahan

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM