Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

50 Ahli Kongsi Gelap Ditahan Polis

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Lebih 50 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap termasuk seorang memiliki watikah pelantikan sebagai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap serta mereka yang terbabit dalam kes jenayah dan memilik..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/50-ahli-kongsi-gelap-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:43 MYT

Lebih 50 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap termasuk seorang memiliki watikah pelantikan sebagai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap serta mereka yang terbabit dalam kes jenayah dan memiliki rekod dikehendaki polis di tahan dalam Operasi Cantas Khas.

Enam pucuk pistol, pedang samurai, parang, pisau dan batang besi adalah antara senjata berbahaya yang dirampas dalam serbuan operasi berkenaan yang dilancarkan secara besar-besaran sekitar ibu Negara, bermula petang kelmarin hingga pagi semalam.

Enam pistol berkenaan dirampas dalam dua serbuan berasingan di daerah Sentul membabitkan pemeriksaan mengejut ke atas dua lelaki dan seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan, Kepong, di sini, hingga membawa kepada penemuan satu kelopak berisi 10 butir peluru ditemui dalam poket seluar seorang suspek.

50 Ahli Kongsi Gelap Ditahan Polis

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM