Artikel
Op Cantas 2 1 444 Individu Sudah Ditahan
Sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu, Op Cantas 2 telah berjaya menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah antaranya anggota kumpul...
OP CANTAS 2 : 1,444 INDIVIDU SUDAH DITAHAN
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2016 – Sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu, Op Cantas 2 telah berjaya menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah antaranya anggota kumpulan kongsi gelap yang masih aktif di seluruh negara.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh, pihak polis juga telah memeriksa seramai 33,684 individu dan 11,558 buah kenderaan di seluruh negara dalam operasi tersebut..
Menurutnya lagi, 115 daripada jumlah yang ditahan adalah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan manakala seramai 179 pula didapati melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta 149 pula lain-lain kesalahan.
“Baki 995 individu lagi ditahan bagi tujuan dokumentasi dan 138 yang lain adalah merupakan orang yang dikehendaki,” tambahnya lagi.
Sebelum itu, Datuk Seri Mohmad turut menjelaskan bahawa Op Cantas kali ini akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati dengan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam semasa dalam negara di paras yang terbaik

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh ketika sidang media pada hari ini..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan antara senjata yang berjaya dirampas dalam Op Cantas 2 baru-baru ini..