Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Op Cantas 2 1 444 Individu Sudah Ditahan

Published: 12 Aug 2016 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu, Op Cantas 2 telah berjaya menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah antaranya anggota kumpulan kongsi gelap yang masih aktif di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-cantas-2-1-444-individu-sudah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT
OP CANTAS 2 : 1,444 INDIVIDU SUDAH DITAHAN

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2016 – Sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu, Op Cantas 2 telah berjaya menahan seramai 1,444 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah antaranya anggota kumpulan kongsi gelap yang masih aktif di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh, pihak polis juga telah memeriksa seramai 33,684 individu dan 11,558 buah kenderaan di seluruh negara dalam operasi tersebut..

Menurutnya lagi, 115 daripada jumlah yang ditahan adalah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan manakala seramai 179 pula didapati melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta 149 pula lain-lain kesalahan.

“Baki 995 individu lagi ditahan bagi tujuan dokumentasi dan 138 yang lain adalah merupakan orang yang dikehendaki,” tambahnya lagi.

Sebelum itu, Datuk Seri Mohmad turut menjelaskan bahawa Op Cantas kali ini akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati dengan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam semasa dalam negara di paras yang terbaik

Op Cantas 2 1 444 Individu Sudah Ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh ketika sidang media pada hari ini..

Op Cantas 2 1 444 Individu Sudah Ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan antara senjata yang berjaya dirampas dalam Op Cantas 2 baru-baru ini..

Op Cantas 2 1 444 Individu Sudah Ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan antara senjata yang berjaya dirampas dalam Op Cantas 2 baru-baru ini..

ArticlePublished 12 Aug 2016 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM