
Op Benteng Posting Pilihan Pgu Pdrm Jalankan Demonstrasi Pengoperasian Anti Dron Ntf
Kuala Lumpur, 9 April 2021 - Satu demonstrasi pengoperasian anti-dron telah dianjurkan oleh National Task Force (NTF) di Stadium KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, hari ini.
Program yang dijalankan adalah koordinasi bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Staf dan Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan J5-Rancang Operasi NTF ini bertujuan mempamerkan keberkesanan fungsi anti-dron dalam memperkukuhkan Op Benteng melalui pertahanan udara.
Taklimat demonstrasi telah disampaikan oleh Ketua Unit Dron PGU PDRM, Superintendan Rasha Azaldin Shafii di hadapan Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brigedier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan TUDM dan wakil-wakil agensi Unit Dron NTF.
Sumber: National Task Force