Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Published: 16 Mar 2015 12.12 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 16 Mac - Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nurul-izzah-ditahan-di-bawah-akta-hasutan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:49 MYT
Kuala Lumpur, 16 Mac - Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad, mengesahkan perkara itu.

Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa yang hadir sebagai peguam Nurul Izzah ketika ditemui media di hadapan balai tersebut, berkata Nurul Izzah dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 2 petang dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sivarasa berkata tahanan itu susulan kenyataan Nurul Izzah pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara. - BERNAMA
 
ArticlePublished 16 Mar 2015 12.12 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM