Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nkra Malaysia Antara Negara Yang Teraman

Published: 17 Jun 2014 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Penurunan jenayah indeks setiap tahun membuktikan segala perancangan kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara ini mencapai sasarannya. Kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan meletakkan mat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nkra-malaysia-antara-negara-yang-teraman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:57 MYT

Antara langkah yang telah dilaksanakan dalam fasa pertama NKRA adalah mempertingkat Skim Rondaan Sukarela, Program Sukarelawan Simpanan dan program kepolisan komuniti

Penurunan jenayah indeks setiap tahun membuktikan segala perancangan kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara ini mencapai sasarannya. Kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan meletakkan matlamat mengurangkan kadar jenayah sebagai perincian pertama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak tiga tahun lalu.

Tahun pertama pelaksanaannya pada 2010 menyaksikan sebanyak 15.4 peratus penurunan jenayah indeks, 2011 sebanyak 11.1 peratus dan tahun ketiga (2012) sebanyak 7.8 peratus. Jenayah jalanan pula menyaksikan penurunan sebanyak 34.7 peratus (2010), 39.7 peratus (2011) dan 41.3 peratus tahun lalu

Jenayah indeks adalah melibatkan kekerasan dan harta benda merangkumi kes bunuh, rogol, samun berkawan, samun (bersenjata api/tanpa senjata api) dan mendatangkan kecederaan. Jenayah harta benda pula adalah kesalahan mencuri, mencuri kenderaan, ragut dan pecah rumah.

SUMBER : KOSMO

Nkra Malaysia Antara Negara Yang Teraman

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM