Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ngan Angkuh Atas Jalan Raya

Published: 06 Apr 2015 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur: "Jangan terlalu angkuh dan bongkak ketika berada atas jalan raya kerana perbuatan seumpama itu tetap salah walaupun hanya dianggap remeh oleh mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ngan-angkuh-atas-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:18 MYT

Kuala Lumpur: "Jangan terlalu angkuh dan bongkak ketika berada atas jalan raya kerana perbuatan seumpama itu tetap salah walaupun hanya dianggap remeh oleh mereka. 

"Tindakan saman akan dikeluarkan terhadap pesalah yang melanggar mana-mana peraturan ditetapkan tanpa sebarang kompromi," kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff. 

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan menjalankan pemantauan trafik secara berterusan bukan saja di ibu kota, malah di seluruh negara.

"Selain memastikan aliran trafik berjalan lancar, kita turut mengambil tindakan kepada pengguna degil yang melakukan kesalahan lalu lintas sama ada membabitkan pemandu kenderaan atau penunggang motosikal.

"Kesalahan seperti menggunakan laluan tidak sepatutnya itu mungkin kecil namun mereka sepatutnya sedar bahawa malang tidak berbau dan apa-apa boleh berlaku ketika berada di jalan raya," katanya kepada Metro Ahad. 

Muhd Fuad berkata, tiada sebarang pengecualian dlberikan kepada mana-mana pengguna jalan raya dan kesalahan diklasifikasikan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Ngan Angkuh Atas Jalan Raya
ArticlePublished 06 Apr 2015 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM