Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gimnasium Pdrm Bantu Anggota Kekal Tahap Kecergasan

Diterbitkan: 06 Apr 2015 1.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Berhadapan dengan tugasan yang mencabar kekuatan mental dan fizikal memperuntukkan setiap anggota polis supaya mengutamakan tahap kesihatan yang baik melalui aktiviti bersenam dan regangan otot.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gimnasium-pdrm-bantu-anggota-kekal-tahap-kecergasan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT

 

Berhadapan dengan tugasan yang mencabar kekuatan mental dan fizikal memperuntukkan setiap anggota polis supaya mengutamakan tahap kesihatan yang baik melalui aktiviti bersenam dan regangan otot.

Sejajar dengan moto Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 'Sukan untuk Kecemerlangan PDRM', Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mewujudkan sebuah gimnasium baharu bagi menggantikan bangunan lama yang telah beroperasi sejak tahun 1980-an.

Lengkap dengan peralatan senaman terkini dan sesuai untuk kegunaan warga PDRM Bukit Aman menjadikan gimnasium ini sebagai satu platform untuk setiap anggota beriadah di samping meningkatkan kecergasan dan kesihatan.

Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Deputi Superintenden Haslah Bachok berkata, selain memberi tumpuan kepada atlet sukan PDRM, gimnasium tersebut juga memberi peluang kepada setiap lapisan anggota untuk mempraktikkan gaya hidup sihat.

"Bertugas sebagai anggota polis memerlukan kami untuk sentiasa sihat dan cergas supaya dapat menjalankan tugas melaksanakan undang-undang.

Sebelum ini kita ada dengar isu anggota yang mempunyai berat berlebihan dan tidak mampu menjalankan tugasan yang diberikan.

"Sejak gimnasium lama yang beroperasi di tingkat bawah tanah Menara 2 Bukit Aman beroperasi, ramai anggota yang sering hadir untuk meningkat stamina masing-masing.

Dengan adanya gimnasium baharu, semangat para anggota untuk kekal lebih cergas bagi melaksanakan tugas semakin bertambah " katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Gimnasium Pdrm Bantu Anggota Kekal Tahap Kecergasan

ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2015 1.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM