Artikel
Nelayan Pukat Tunda Ditahan Marin Pahang
Kedua-dua buah bot pukat tunda kelas B yang ditahan di lokasi berasingan iaitu di 4 batu nautika dan 4.1 batu nautika itu telah diiring masuk ke Martek PPM Tan...
Rompin, 12 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 berjaya menahan dua buah bot pukat tunda di Pantai Nenasi kerana menceroboh kawasan nelayan tradisional awal pagi hari ini.
Sepasukan anggota PPM diketuai ASP Khairuddin Jamal telah melakukan intipan awal ke atas kegiatan menceroboh kawasan pantai.
Kedua-dua buah bot pukat tunda kelas B yang ditahan di lokasi berasingan iaitu di 4 batu nautika dan 4.1 batu nautika itu telah diiring masuk ke Martek PPM Tanjung Gemok untuk pemeriksaan lanjut.
Sebelas orang suspek yang ditahan terdiri daripada dua orang tekong dan sembilan krew yang merupakan warga tempatan.
Beberapa barang rampasan termasuklah peralatan menunda serta sejumlah hasil laut lebih kurang 500 kilogram telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Rompin untuk tindakan lanjut.

Sumber: PPM Merin