Tian Chua Didakwa Aibkan Kehormatan Pegawai Polis
Petaling Jaya, 13 ogos - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan kehormatan seorang pegawai polis di Hotel Armada di sini, April lalu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, Tian Chua didakwa menyebut perkataan mengaibkan kepada Timbalan Penguasa Polis Balai Polis Petaling Java, Deputi Superintendan Glenn A. Sinappah dengan niat hendak mengaibkan kehormatan pegawai itu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.