Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nelayan Pukat Tunda Ditahan Marin Pahang

Published: 13 Aug 2014 1.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kedua-dua buah bot pukat tunda kelas B yang ditahan di lokasi berasingan iaitu di 4 batu nautika dan 4.1 batu nautika itu telah diiring masuk ke Martek PPM Tanjung Gemok untuk pemeriksaan lanjut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nelayan-pukat-tunda-ditahan-marin-pahang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT
Rompin, 12 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 berjaya menahan dua buah bot pukat tunda di Pantai Nenasi kerana menceroboh kawasan nelayan tradisional awal pagi hari ini.

Sepasukan anggota PPM diketuai ASP Khairuddin Jamal telah melakukan intipan awal ke atas kegiatan menceroboh kawasan pantai.

Kedua-dua buah bot pukat tunda kelas B yang ditahan di lokasi berasingan iaitu di 4 batu nautika dan 4.1 batu nautika itu telah diiring masuk ke Martek PPM Tanjung Gemok untuk pemeriksaan lanjut. 

Sebelas orang suspek yang ditahan terdiri daripada dua orang tekong dan sembilan krew yang merupakan warga tempatan.

Beberapa barang rampasan termasuklah peralatan menunda serta sejumlah hasil laut lebih kurang 500 kilogram telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Rompin untuk tindakan lanjut.
 
Nelayan Pukat Tunda Ditahan Marin Pahang
Sumber: PPM Merin
ArticlePublished 13 Aug 2014 1.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM