Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm

Published: 23 Mar 2017 4.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Naza KIA Malaysia Sdn Bhd menyerahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis KIA Sorento untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/naza-kia-serah-sebuah-pacuan-empat-roda-kepada-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:44 MYT

Kuala Lumpur, 23 Mac 2017 - Naza KIA Malaysia Sdn Bhd menyerahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis KIA Sorento untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama KOP Mantap Berhad iaitu salah sebuah anak syarikat Koperasi PDRM itu dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang menerima kenderaan tersebut daripada Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Encik SM Nasarudin Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Khalid telah melahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih beliau kepada pihak syarikat Naza KIA Malaysia Sdn Bhd dan KOP Mantap Berhad yang telah menyumbangkan kenderaan yang bernilai lebih RM100,000 itu untuk kegunaan rasmi pihak polis.

Tambah beliau lagi, PDRM amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua syarikat berkenaan khususnya untuk kemudahan pergerakan bagi menjalankan tugasan rasmi harian pihak polis.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Dato' Rusli Ahmad, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin, Pengerusi Koperasi PDRM, Tan Sri Datuk Hussin Haji Ismail, Pengerusi Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Mohd Nazar Samad dan rakan-rakan media.

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Encik SM Nasarudin Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin.

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Upacara simbolik Majlis Penyerahan Sumbangan Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 kepada PDRM...

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Upacara simbolik Majlis Penyerahan Sumbangan Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 kepada PDRM...

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Sesi penyerahan replika kunci kenderaan oleh Naza Kia Malaysia Sdn Bhd kepada PDRM.

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Sesi penyerahan sijil pemilikan oleh Datuk Mohd Nazar Samad kepada Ketua Polis Negara.

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Ketua Polis Negara memberikan isyarat 'bagus' kepada pihak media..

Naza Kia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm
Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 yang disumbangkan kepada PDRM..

ArticlePublished 23 Mar 2017 4.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM