Lawatan Public Service Committee Of The Bavarian Parliament Germany Ke Bukit Aman
Bukit Aman, 23 Mac 2017 – Public Service Committee Of The Bavarian Parliament Germany yang diketuai oleh Chairwoman, Christian Social Union Party, Public Service Committee Of The Bavarian Parliament Germany, Ms. Ingrid Heckner MP telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Hjh.Fatimah Abd Hamid di Bilik Mesyuarat PERSADA, Tingkat 30, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Rombongan delegasi ini diberikan taklimat berkaitan organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.
Rombongan delegasi ini diberi peluang untuk mengunjungi Galeri Ketua Polis Negara (KPN) bagi mengetahui sejarah PDRM.
Delegasi dari Jerman bergambar kenangan di perkarangan Galeri KPN
Lawatan delegasi dari Jerman ke Galeri KPN
Ms. Ingrid Heckner MP, Christian Social Union Party menandatangani buku lawatan..
Taklimat sedang diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Dato' Ramli Mohamed Yoosuf...
Lawatan delegasi dari Jerman ke Galeri KPN