Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Naza Kia Malaysia Serah Sebuah Pacuan Empat Roda Kepada Pdrm

Diterbitkan: 23 Mar 2017 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Naza KIA Malaysia Sdn Bhd menyerahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis KIA Sorento untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/naza-kia-malaysia-serah-sebuah-pacuan-empat-roda-kepada-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT

Kuala Lumpur, 23 Mac 2017 - Naza KIA Malaysia Sdn Bhd menyerahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis KIA Sorento untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama KOP Mantap Berhad iaitu salah sebuah anak syarikat Koperasi PDRM itu dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang menerima kenderaan tersebut daripada Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Encik SM Nasarudin Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Khalid telah melahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih beliau kepada pihak syarikat Naza KIA Malaysia Sdn Bhd dan KOP Mantap Berhad yang telah menyumbangkan kenderaan yang bernilai lebih RM150,000 itu untuk kegunaan rasmi pihak polis.

Tambah beliau lagi, PDRM amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua syarikat berkenaan khususnya untuk kemudahan pergerakan bagi menjalankan tugasan rasmi harian pihak polis.

Terdahulu, delegasi dari Kumpulan Naza, Koperasi PDRM dan KOP Mantap Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tan Sri Khalid di pejabat beliau dekat Tingkat 31 bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan saling bertukar-tukar pendapat.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Dato' Rusli Ahmad, Timbalan Penagarah 1 Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Dato' Aidi Ismail, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin, Pengerusi Koperasi PDRM, Tan Sri Datuk Hussin Haji Ismail, Pengerusi Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Mohd Nazar Samad dan rakan-rakan media.

DSC055707
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Encik SM Nasarudin Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin.

DSC056027
Sekitar majlis penyerahan kenderaan kepada PDRM pada hari ini...

DSC056697
Upacara simbolik Majlis Penyerahan Sumbangan Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 kepada PDRM..

DSC056777
Upacara simbolik Majlis Penyerahan Sumbangan Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 kepada PDRM..

DSC057067
Sesi penyerahan replika kunci kenderaan oleh Naza Kia Malaysia Sdn Bhd kepada PDRM.

DSC057347
Sesi penyerahan sijil pemilikan oleh Datuk Mohd Nazar Samad kepada Ketua Polis Negara.

DSC057547
Ketua Polis Negara memberikan isyarat 'bagus' kepada pihak media..


 
 
 
DSC057957
Sesi sidang media Ketua Polis Negara..

DSC058047
Kenderaan KIA Sorento CRDI SUV 4X4 yang disumbangkan kepada PDRM..
 
 
 


ArtikelDiterbitkan 23 Mar 2017 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM