Oleh: Konstabel 178826 Muhammad Iqtar Bin Azmi.
Bukit Aman, 6 Februari 2013 - Hari Ini bertempat di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah berlangsung sebuah Majlis Penyerahan Cek Skim Pampasan Bencana Kerja Ex-Gratia PDRM kepada pegawai dan anggota PDRM yang layak.
Majlis penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dalam suasana penuh emosi oleh penerima dan wakil ahli keluarga yang terlibat.
Beliau turut menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah cedera atau meninggal dunia ketika didalam landasan tugas masing-masing serta menyarankan supaya setiap warga PDRM memiliki polisi Insuran individu sendiri bagi faedah yang lebih baik kepada diri sendiri serta ahli keluarga mereka pada masa hadapan.
Komitmen PDRM dalam menjaga kebajikan warganya dan mencuba sedaya upaya membela nasib mereka yang menjadi mangsa menjadikan PDRM sebagai salah satu wadah kerjaya yang terjamin walaupun sentiasa berhadapan dengan risiko-risiko tinggi yang kadangkala diluar jangkaan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah-pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM, Penerima-penerima cek serta wakil media.

Ketibaan YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Mengaminkan bacaan doa.

Barisan penerima cek.

YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Sebak....Waris penerima cek.

YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menenangkan perasaan waris.

Sesi penyampaian cek.

Sesi sidang media.