Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 12 Jun 2014 5.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena majlis ini juga, Ketua Polis Negara telah melancarkan Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi PDRM, yang julung kalinya berjaya diterbitkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Buk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-bukit-aman-20140612
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan Konst Mohd Iqtar bin Azmi

BUKIT AMAN - 7 Februari 2013. Bertemakan 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah', Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1434H/2013M Peringkat Bukit Aman telah berlangsung pada petang tadi, mulai jam 5.30 petang sehingga waktu Solat Isyak.

Sebanyak lapan Jabatan PDRM telah menyertai perarakan yang bermula dari perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman ke Masjid Bukit Aman dengan bacaan selawat, memuji Allah dan Rasul.

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan YDH Pengarah-Pengarah PDRM turut hadir menyertai perarakan tersebut.

Perarakan dijuarai oleh Jabatan KDN/KA, tempat kedua disandang oleh Jabatan Pengurusan dan tempat ketiga, Jabatan Cawangan Khas.

Sempena majlis ini juga, Ketua Polis Negara telah melancarkan Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi PDRM, yang julung kalinya berjaya diterbitkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman.

Ia dihasilkan oleh 10 orang panel penulis BAKA PDRM, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Agama) BAKA PDRM, Ustaz Che Alias bin Che Ismail dan dibantu oleh para pegawai Cawangan Agama, BAKA PDRM.

Buku setebal 131 muka surat ini, dihasilkan melalui rujukan al-Quran dan hadis beberapa buah buku panduan doa yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam malaysia, Mufti-Mufti Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Imam Besar Masjid dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Sulaman majlis ini juga, Ketua Polis Negara telah menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada dua orang tokoh, iaitu SI 69407 Ismail bin Md Amin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Kpl 64040 Jamaludin bin Che Mat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, Perak.

Tokoh-tokoh ini dipilih kerana telah memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah seperti melaksanakan tugas sebagai penasihat agama, imam, amil, khatib, disamping melaksanakan tugas_tugas hakiki.

Selepas Solat Maghrib, Ustaz Nor Hafizi bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' kepada hadirin yang hadir.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Bacaan doa sebelum memulakan perarakan...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sekitar majlis..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Pengacara majlis..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Ketua Polis Negara melancarkan Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi PDRM, yang julung kalinya berjaya diterbitkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Ketua Polis Negara menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada SI 69407 Ismail bin Md Amin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Ketua Polis Negara menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Kpl 64040 Jamaludin bin Che Mat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, Perak

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Ustaz Nor Hafizi bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' kepada hadirin yang hadir

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 5.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM