Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 23 Oktober - Hasil daripada satu serbuan oleh sepasukan Peawai dan Anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman di Jalan Kasipillay, Kuala Lumpur, semalam telah membuahkan hasil dengan penemuan sejumlah 180 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki heroin yang bermutu tinggi dengan anggaran berat 61.54KG. "Dadah jenis Heroin bernilai sekitar RM2.55 Juta di pasaran antarabangsa
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/narkotik-tumpas-61-kg-dadah-heroin-bermutu-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT

BUKIT AMAN, 23 Oktober - Hasil daripada satu serbuan oleh sepasukan Peawai dan Anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman di Jalan Kasipillay, Kuala Lumpur, semalam telah membuahkan hasil dengan penemuan sejumlah 180 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki heroin yang bermutu tinggi dengan anggaran berat 61.54KG. 

"Dadah jenis Heroin bernilai sekitar RM2.55 Juta di pasaran antarabangsa telah diseludup masuk ke dalam Negara ini", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

Serbuan turut menahan seorang lelaki warganegara Pakistan yang berumur 47 tahun. Suspek kini disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan. 

"Kejayaan terbaru ini mempamerkan kegigihan usaha JSJN bagi mempastikan penyeludupan dadah ke dalam Negara ini terus dibendung", tambah Pengarah JSJN lagi.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
Dadah Heroin yang dirampas.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
Antara Dadah Heroin yang dirampas.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim bersama Pegawai Penyiasat kes ini menunjukkan cara dadah tersebut disembunyikan.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
Antara barang rampasan.

Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
Sekitar sidang media.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM