Artikel
Murid Tahun 1 2 Curi Masuk 26 Kediaman
Umur masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaa...

Umur masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu.
Siasatan polis mendapati mereka juga menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan pemilik dalam kasut di luar rumah untuk memasuki rumah mangsa dan mencuri. Pemilik rumah dipercayai meninggalkan kunci dalam kasut bagi memudahkan anak mereka memasuki kediaman lebih awal daripada waktu pejabat.
Sumber Daripada : Berita Harian