Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POLIS TUMPAS KEGIATAN AH LONG

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
POLIS TUMPAS KEGIATAN AH LONG : KUALA LUMPUR - 8 November - Hasil aduan awam dan siasatan lanjut pihak polis, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfield telah berjaya menahan li..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-ah-long-20140616
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:01 MYT
POLIS TUMPAS KEGIATAN AH LONG : KUALA LUMPUR - 8 November - Hasil aduan awam dan siasatan lanjut pihak polis, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfield telah berjaya menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pinjaman tanpa lesen atau Ah Long di Jalan Genting Kelang, minggu lalu.

Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM 60,000, 174 keping cek pelbagai institusi kewangan bernilai RM 2,230,306.70 dan lain – lain dokumen permohonan pinjaman.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan hukuman yang diperuntukkan adalah denda tidak kurang daripada RM 50,000 dan tidak melebihi RM 200,000 atau penjara untuk tempoh tidak lebih 15 bulan dan juga sebatan untuk kesalahan berikutnya.

Bagi mana-mana syarikat dan individu yang masih berdegil memberi pinjaman kewangan walaupun tidak mempunyai lesen, telah luput, digantung atau dibatalkan, mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 5(2) APPW dan denda minimum RM 250,000 atau penjara lebih 5 tahun.

POLIS TUMPAS KEGIATAN AH LONG
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM