Msc Malaysia Apicta Awards 2009 Rakan Cop Terima Anugerah Msc Apicta 2009
Kuala Lumpur - 8 Oktober 2009 - Pada Majlis Anugerah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia Ke 10 (MSC APICTA) 2009, telah menyaksikan Anugerah Terbaik Perdana Menteri dimonopoli oleh Dapat Vista (DAPAT) Sdn. Berhad melalui produk Sistem Pesanan Ringkas (SMS) e-komuniti Rakan Cop Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai pemenang, Prime Minister's "Best Of The Best" Award 2009 itu, para wakil DAPAT akan menghadiri program pembangunan usahawan di Sekolah Pengurusan Sloan di Institut Teknologi Massachusett (MIT) dengan dibiayai sepenuhnya oleh Perbadaanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Seterusnya para pemenang setiap kategori akan mewakili negara di Anugerah APICTA Antarabangsa di Melbourne Australia sempena Sidang Kemuncak Inovasi Digital Asia Pasifik mulai 14 hingga 17 Disember 2009.
Hadiah tersebut telah diterima oleh Supt Alwee A. Ghani, Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan KDN/KA, Bukit Aman daripada Dato' Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
RAKAN COP bermakna Rakan Polis. Ianya merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan menggunakan slogan 'Bersama Memerangi Jenayah'.
Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal, dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer (e-mail dan website) sebagai medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai.
Medium
perantara ini ditempatkan di Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi
24 jam dan bertindak sebagai nadi memantau dan menguruskan maklumat
serta mengerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidmatan pantas
dalam apa jua situasi cemas.

Para pemenang 18 kategori bergambar kenangan.

Supt. Alwee A. Ghani menerima Awards daripada Dato' Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

Supt. Alwee A.Ghani bersama Sijil Penghargaan dan Piala yang dimenangi