Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 15 Aug 2026 6.31 PM
Sebagai organisasi penguatkuasaan undang-undang terbesar dalam negara, kita tidak boleh ketinggalan dalam semua aspek, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan kita dalam sistem penyampaian perkhid..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mou-pdrm-mimos-mantap-aplikasi-sistem-c4i-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:50 MYT

Bukit Aman - 16 Julai 2012

"Sebagai organisasi penguatkuasaan undang-undang terbesar dalam negara, kita tidak boleh ketinggalan dalam semua aspek, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan kita dalam sistem penyampaian perkhidmatan", ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Aplikasi Command, Control, Communication and Computer Integration System atau C4i telah diperkenalkan dalam PDRM sejak sepuluh tahun lalu, iaitu pada tahun 2002.

Pada tahun 2008, projek C4i ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila memenangi "Prestigious Global Government Technology Award for Wireless Government" bersempena dengan persidangan Future Government Summit 2008 yang diadakan di Bali, Indonesia.

Antara fungsi-fungsi teras sistem C4i  meliputi empat juzuk yang disatukan bagi mendapatkan jaringan yang tidak bertepi adalah sistem AVLS, PERS-999, MDCS dan Integrasi Sistem Legasi Pangkalan Data.

AVLS (Automated Vehicle Location System) merupakan sebuah sistem pemantauan pergerakan dan pengurusan sumber kenderaan PDRM (MPV). PERS-999 (Police Emergency Response System)  adalah sistem talian kecemasan bagi panggilan 999 manakala MDCS (Mobile Data Communication System) adalah merupakan sistem mudah alih yang mengendali aplikasi pengaksesan pangkalan data. Ketiga-tiga juzuk ini di integrasi di dalam sebuah sistem dikenali Sistem-Legasi Pangkalan Data atau C4i.

Berucap di Majlis Menandatangani Mou di antara Pdrm Dan Mimos Berhad, berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, petang ini, YDH Ketua Polis Negara menyatakan rasa bangga kerana PDRM telah memeterai MoU dengan MIMOS, sebuah syarikat yang telah memenangi pelbagai anugerah inovatif dan rekabentuk di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Kerjasama pada hari ini adalah terhasil daripada inisiatif Pengarah Jabatan Logistik serta kecekapan pegawai-pegawai Jabatan Logistik dan MIMOS dalam menguruskan memorandum persefahaman ini. Pada hari ini kita telah pun mengorak langkah seterusnya memeterai perjanjian persefahaman sebentar tadi. Jika ada daya usaha, nyata kita mampu untuk mengurangkan kerenah birokrasi", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.

Turut hadir petang ini adalah YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Datuk Abdul Wahab bin Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad, Yang Dihormati Datuk Seri-Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, Y.Bhg Encik Abdul Aziz bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Operasi MIMOS Berhad, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah PDRM, para Pegawai Kanan PDRM dan MIMOS dan wakil-wakil media.

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara..

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Bacaan doa pembukaan majlis...

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Pertukaran dokumen MoU di antara PDRM dan MIMOS Berhad..

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Ucapan daripada Y.Bhg Datuk Abdul Wahab bin Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad..

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara..

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Sesi bergambar...

Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Mou Pdrm Mimos Mantap Aplikasi Sistem C4i Pdrm
Sesi penyampaian cenderahati daripada kedua-dua pihak..

Wartawan    :    L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto    :    L/Kpl Irfan Bujang

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 15 Aug 2026 6.31 PM