Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Belia Cinta Negara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 6 Julai - Kepentingan penglibatan sukarelawan dalam pelbagai aspek kini menjadi salah satu fokus pucuk pimpinan negara dalam pembinaan sebuah negara yang aman dan harmoni selain meningka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/belia-cinta-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:43 MYT

Kuala Lumpur, 6 Julai - Kepentingan penglibatan sukarelawan dalam pelbagai aspek kini menjadi salah satu fokus pucuk pimpinan negara dalam pembinaan sebuah negara yang aman dan harmoni selain meningkatkan kesedaran mereka terhadap keburukan gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, vandalisme, jenayah jalanan dan seribu satu masalah sosial yang kian membarahi belia negara masakini jika tidak ditangani dengan segera.

Sedar akan hakikat tersebut, program 1 Malaysia For Youth(1M4U) telah direalisasikan dimana pelancarannya diadakan pada hari ini bertempat di perkarangan taman KLCC atau dikenali sebagai Esplanade KLCC dan disempurnakan oleh YDH Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam program tersebut, golongan belia dari pelbagai agensi badan-badan sukarelawan termasuk agensi-agensi di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil peluang untuk bersama-sama memeriahkan suasana acara yang penuh gilang-gemilang tersebut.

Turut dititikberatkan adalah Program  "Crime Awareness" yang menyeru para pengunjung, khususnya belia untuk meningkatkan kesedaran ke arah merealisasikan konsep 'Polis dan Masyarakat bersama memerangi jenayah' bagi menjamin keberkesanan sistem keselamatan di negara ini.

Program ini diharapkan sedikit sebanyak dapat menyuntik kesedaran terhadap pentingnya pencegahan jenayah kepada golongan belia ini selain menyemai semangat patriotik dan cinta kepada tanah air kerana belia adalah aset negara yang paling berharga dan merekalah bakal pencorak negara ini suatu hari nanti.

Turut hadir dalam program program tersebut ialah YB Dato' Seri Hishamudin Bin Tun Hussin,Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan, YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan pimpinan kerajaan yang lain.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Ketibaan YDH IG Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
YDH IG Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra bersama peserta.

Belia Cinta Negara
YDH IG Tan Sri Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra bersama artis tempatan.

Belia Cinta Negara
Ketibaan YDH IG Tan Sri Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YB Dato' Seri Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan.

Belia Cinta Negara
Ketibaan YB Dato' Seri Hishamudin Bin Tun Husin, Menteri Dalam Negeri.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
YB Dato' Seri Hishamudin Bin Tun Husin, Menteri Dalam Negeri beramah mesra bersama peserta.

Belia Cinta Negara
Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Belia Cinta Negara
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia beramah mesra bersama peserta.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersalaman bersama Pelatih Pusat Latihan Polis Port Dickson ( PUSASDA)

Belia Cinta Negara
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melawat gerai pameran.

Belia Cinta Negara
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Gelagat peserta program dan persembahan selingan.

Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara
Belia Cinta Negara


Belia Cinta Negara
Si kecil yang menggamatkan suasana..

Belia Cinta Negara
Persembahan nyanyian yang menghiburkan dari PDRM.

Wartawan & Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM