Mou Kursus Praktikum Forensik Usm Pdrm
Pulau Pinang- 21 Jun 2008. Satu majlis memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) Kursus Praktikum Forensik di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ianya telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara mewakili PDRM dan Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Majlis memperbaharui MoU itu telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Ani Arope, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia dan YDH Dato' Abd. Razak Hj. Bokhari , Pengarah Pengurusan PDRM sebagai saksi PDRM.
Antara lain majlis memperbaharui MoU ini merupakan satu endorsement terhadap usaha berterusan PDRM/USM untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkepakaran dalam bidang Sains Forensik.
PDRM melalui Makmal Forensik sentiasa memberi kerjasama untuk Universiti Sains Malaysia khususnya Pusat Pengajian Sains Kesihatan menempatkan penuntut-penuntutnya menjalani latihan praktikal atau latihan praktikum Sains Forensik.

YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara mewakili PDRM dan Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysiabertukar-tukar dokumen memperbaharui MoU Kursus Praktikum Forensik.