Mat Malaya Direman Sehingga 9 Jun Isteri Dibebaskan
Suspek utama kes cubaan bunuh seorang pembantu mekanik dan memiliki senjata api, Mohd Jusnaidi Omar, 44, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, direman hingga 9 Jun depan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, polis berjaya mendapatkan perintah itu bermula dari 2 hingga 9 Jun depan untuk tujuan siasatan.
“Bagaimanapun, isteri suspek berusia 24 tahun yang turut ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa di Kundasang pada Isnin lalu dibebaskan selepas keterangannya direkodkan.
SUMBER : HARIAN METRO