Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misi Timor Leste Kembali

Published: 09 Jun 2014 2.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
KLIA Sepang - 30 Ogos 2007 - SAC I Dato' Mohamed Darus Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) telah menyambut kepulangan seramai 23 orang pegawai dan anggota misi UNMIT (United Nations Int
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-timor-leste-kembali
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:49 MYT
KLIA Sepang - 30 Ogos 2007 - SAC I Dato' Mohamed Darus Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) telah menyambut kepulangan seramai 23 orang pegawai dan anggota misi UNMIT (United Nations Integrated Mission in Timor Leste) di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pegawai dan anggota misi diketuai oleh ASP Yap Saw Wah, Kontinjen Komander G23 telah berkhidmat sebagai United Nations Police (UNPOL) selama 14 bulan iaitu dari 1 Julai 2006 hingga 28 Ogos 2007. Mereka juga merupakan 23 orang daripada 250 pegawai dan anggota yang diserap dari 'Ops Hati Budi' Timor Leste pada Julai 2006. Ops Hati Budi di Timor Leste bermula pada 1 Julai 2006 berakhir pada 30 September 2006.

Hadir Sama pa menyambut kepulangan wira PDRM ialah ACP Abdul Rahim Abdullah, ACP Pentadbiran, Supt. Arshad Hj. Abdul Jalil, Ketua Bahagian Istiadat serta pegawai dan anggota Bahagian Istiadat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Misi Timor Leste Kembali

Misi Timor Leste Kembali
ArticlePublished 09 Jun 2014 2.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM