Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misi Pengaman Unmiss Superintendan Dr Sivabalan Suppiah Jalankan Tugas Penasihat Unpol Dalam Unmiss Di Sudan Selatan

Published: 21 May 2023 2.29 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Superintendan Dr. Sivabalan Suppiah merupakan antara sembilan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Sudan Selatan (UNMISS) sebagai penasihat United Nation Police (UNPOL Adviser).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-unmiss-superintendan-dr-sivabalan-suppiah-jalankan-tugas-penasihat-unpol-dalam-unmiss-di-sudan-selatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Superintendan Dr. Sivabalan Suppiah merupakan antara sembilan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Sudan Selatan (UNMISS) sebagai penasihat United Nation Police (UNPOL Adviser).
Penglibatan PDRM secara aktif dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertitik tolak dari penghantaran 14 warga PDRM ke Misi Angola pada tahun 1991, seterusnya diikuti Misi UNAMID pada tahun 2008 dan Misi Republik Sudan Selatan (UNMISS) tahun 2011 tertakluk atas permintaan pihak United Nation New York dan PBB.
Peranan PDRM dalam UNMISS ketika ini adalah sebagai 'Penasihat Polis' kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa.

 
ArticlePublished 21 May 2023 2.29 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM