
Artikel
Futsal Maksak 2023 Selangor Dan Sabah Muncul Juara Kategori Lelaki Dan Wanita
Serdang, 21 Mei 2023 - Pasukan Selangor menjadi juara kategori lelaki bagi Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSA...
Serdang, 21 Mei 2023 - Pasukan Selangor menjadi juara kategori lelaki bagi Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) bagi edisi 2023 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong, di sini.
Pasukan itu berjaya menewaskan pasukan Terengganu dalam perlawanan berlarutan ke penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 3-2.
Bagi pasukan lelaki dan wanita dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur dan Perak terpaksa akur di tangga ketiga kejohanan.
Menerusi kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 18 Mei itu, PDRM selaku jawatankuasa penganjur telah berjaya menarik 28 pasukan untuk menyertai pertandingan, di mana 17 pasukan bagi kategori lelaki dan 11 bagi kategori wanita.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Gilberd Philip Layang mewakili Pengarah Pengurusan.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, SAC Mohd Zaini Abu Hassan, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Nor Azman Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan, Ketua Polis Daerah SUBANG JAYA, ACP Wan Azlan Wan Mamat dan Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Encik Radin Hedly Syah Radin Mohamad Hambali.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin