Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misi Pengaman Pbb 14 Bulan Di Timor Leste

Published: 09 Jun 2014 5.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sepang - 12 Februari 2008. CP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyambut kepulangan pegawai dan anggota dari Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-pbb-14-bulan-di-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:57 MYT

Sepang - 12 Februari 2008. CP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyambut kepulangan pegawai dan anggota dari Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang .

Seramai 30 pegawai dan anggota PDRM yang diketuai oleh Supt. Bahar Nordin Samat, selamat kembali ke tanah air setelah 14 bulan bertugas di Timor Leste.

Dalam ucapan aluannya Dato' Abdul Razak mengucapkan tahniah di atas kejayaan pegawai dan anggota PDRM yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Saya telah dimaklumkan bahawa tuan-tuan telah berkhidmat dengan penuh kecemerlangan dan mendapat pengiktirafan, bukan sahaja oleh pihak kerajaan Timor Leste malahan penduduk tempatan dan pasukan polis dari lain-lain negara".

"Dengan mutu disiplin yang tinggi dan komited dengan tugas yang diamanahkan, PDRM disanjung tinggi dan perkhidmatan kita amat diperlukan di peringkat antarabangsa. Kita sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana jua".

Demikian kata Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari ketika berucap pada majlis meraikan kepulangan wira-wira negara itu di Bilik VIP, KLIA.

Turut menyambut kepulangan pasukan itu ialah SAC I Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Supt. Zahedi Ayub, Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Arshad Hj. Abd. Jalil, Ketua Pegawai Turut Istiadat dan Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM.

Misi Pengaman Pbb 14 Bulan Di Timor Leste
Supt Bahar Nordin Samat dan DSP Chia Cheok Hua disambut oleh Dato Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM sebaik tiba di KLIA

Misi Pengaman Pbb 14 Bulan Di Timor Leste
Wira-wira negara bergambar kenangan bersama Dato Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM

ArticlePublished 09 Jun 2014 5.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM