Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sebanyak 19 Kontinjen telah mengambil bahagian di Kejohanan Menembak dan Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-menembak-badminton-piala-ketua-polis-negara-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT

Melaka - 3 Februari 2008. Kejohanan Menembak dan Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008 telah dianjurkan oleh Polis Kontinjen Melaka. Kejohanan Menembak dan Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008 ini bermula 1 Februari dan tamat pada 3 Februari 2008. Kejohanan Menembak telah di adakan di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sementara Kejohahan Badminton telah berlangsung di Dewan Serbaguna IPK Melaka, Dewan MBMB Bukit Beruang, Dewan Badminton IPD Alor Gajah dan Dewan Badminton Lipat Kajang Jasin.

Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM. Hadir sama di majlis tersebut ialah, YDH SAC I Dato' Mortadza bin Nazarene, Ketua Polis Melaka, YDH ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin, Pengelola Menembak , Supt. Shukaime bin Syed Abu Samah, Pengelola Badminton, DSP Arjunaiti bin Abdullah, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta tetamu jemputan.

Sebanyak 19 Kontinjen telah mengambil bahagian di Kejohanan Menembak dan Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008. Acara yang dipertandingkan dalam Acara Menembak ialah Acara Tembak Centre Fire Revolver, Acara Tembak Centre Fire Pistol, Acara Tembak HK MP5 dan Acara Tembak Jatuh Piring Besi. Acara Badminton pula ialah Berpasukan lelaki dan Terbuka Wanita.

Dengan penyertaan yang begitu menggalakkan ini, jelas menunjukkan bahawa para peserta sentiasa memberikan sokongan dan komitmen padu untuk meningkatkan imej dan komitmen PDRM di arena sukan badminton dan menembak sama ada di peringkat kebangsaan, mahupun antarabangsa.

PDRM pernah melakar sejarah gemilang di dalam kedua-dua sukan tersebut dan adalah tidak mustahil, kegemilangan tersebut dapat dijulang kembali pada waktu ini, jika semua pihak memberikan fokus kearah mencapai matlamat tersebut.

Melalui kejohanan menembak ini, kemahiran pengendalian senjatapi dikalangan warga PDRM dapat dipertingkatkan lagi. Disamping itu, kejohanan badminton ini juga akan dapat meningkatkan lagi kecergasan dan kecerdasan para pegawai dan anggota PDRM. Ini bermakna, sukan dan tugas boleh diselarikan dan ianya akan menjadi lebih menarik bagi kita menjalani kehidupan.

Kecemerlang sesebuah pasukan tidak hanya diukur berdasarkan pencapaian yang terbaik dalam sesuatu kejohanan, sebaliknya juga bergantung kepada komitmen dan disiplin yang perlu diikuti oleh setiap pemain.

Adalah diharapkan melalui kejohahan ini, PDRM dapat menyumbangkan secara positif terhadap perkembangan sukan badminton dan menembak serta berupaya melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh badminton dan atlet menembak dari kalangan pegawai dan anggota PDRM.

Kontinjen Bukit Aman menjadi Juara Keseluruhan Kejohahan Menembak Piala Ketua Polis Negara 2008 dengan mengumpul 2,094 markah, meninggalkan Briged Tengah PGA di tempat kedua dengan mengumpul 2,058 markah sementara tempat ketiga ialah Kontinjen Perak dengan 2.040 markah. Bagi Acara Tembak Jatuh Piring Besi dimenangi oleh Briged Utara PGA>

Dalam Kejohanan Badminton, Kontinjen Johor telah menjadi Juara bagi Acara Berpasukan Lelaki, Acara Perseorangan Wanita di menangi oleh Liang Moi Lan , juga dari Kontinjen Johor yang menewaskan Suryati Azlinda Jack dari Kontinjen Sarawak. Tempat Ketiga, Intan Izzaty Abd Rahman dari Kontinjen Pulapol Negeri Sembilan dan tempat Keempat, Suliana Mat Abu dari Kontinjen Selangor. Dalam Acara Beregu, Johan ialah Kontinjen Sarawak, Naib Johan Kontinjen Bukit Aman, tempat Ketiga dan Keempat dari Kontinjen Johor.

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008
JUARA Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Negara 2008...BUKIT AMAN

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008
Briged Utara PGA mengungguli bagi Acara Tembak Jatuh Piring Besi.

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008
Kontinjen Johor JUARA Berpasukan Lelaki bagi Acara Badminton.

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008
Juara Perseorangan Wanita Badminton...Liang Moi Lan dari Kontinjen Johor, menerima pingat dari YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

Kejohanan Menembak Badminton Piala Ketua Polis Negara 2008
Juara Beregu Wanita...Kontinjen Sarawak

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM