Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Minuman Keras Dan Rokok Putih Berjaya Dirampas Marin Kg Acheh

Published: 10 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan Unit Ronda Marin (URM) dari Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh berjaya merampas pelbagai rokok putih dan minuman keras di sebuah premis di Lumut Port Industrial Park, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/minuman-keras-dan-rokok-putih-berjaya-dirampas-marin-kg-acheh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:48 MYT

Lumut, 10 Ogos – Sepasukan Unit Ronda Marin (URM) dari Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh berjaya merampas pelbagai rokok putih dan minuman keras di sebuah premis di Lumut Port Industrial Park, hari ini.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, serbuan yang dijalankan sepasukan URM ke atas sebuah premis perniagaan itu berjaya merampas rokok putih pelbagai jenis dan minuman keras yang disimpan di dalam kotak di bawah meja kaunter.

“Setelah pemeriksaan lanjut, pihak polis mendapati terdapat sejumlah 117 kartun rokok putih dan 385 botol minuman keras pelbagai jenama.

“Ekoran dari penemuan tersebut, seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis terbabit telah ditahan untuk disoalsiat,”katanya.

Kesemua hasil rampasan bernilai RM32,865 dan lelaki terbabit telah dibawa balik ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh untuk dioalssiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957.
Minuman Keras Dan Rokok Putih Berjaya Dirampas Marin Kg Acheh

ArticlePublished 10 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM