Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

17 Pti Ditahan Ketika Tunggu Bot Pancung

Diterbitkan: 10 Aug 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 21 pendatang tanpa izin (PTI) yang sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia di Ladang Mados Tanjung Balau, Bandar Penawar, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/17-pti-ditahan-ketika-tunggu-bot-pancung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:13 MYT

Kota Tinggi, 11 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 21 pendatang tanpa izin (PTI) yang sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia di Ladang Mados Tanjung Balau, Bandar Penawar, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan empat perempuan ditahan dalam serbuan pada jam 2 pagi, hasil maklumat awam.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk siasatan lanjut. 

"Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63”, katanya.
17 Pti Ditahan Ketika Tunggu Bot Pancung

ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM