Miliki Dadah Penganggur Dijel 5 Tahun 10 Sebatan
Seorang penganggur dikira benasib baik apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman minimum iaitu penjara lima tahun dan sebatan 10 kali terhadapnya atas kesalahan memiliki heroin seberat 9-41 gram, hujung tahun lalu.
Syukur Yusof @ Mustafa, 30, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dan diperintahkan menjalani hukuman itu berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 15 September 2014.
Mohd. Syukur didakwa memiliki dadah tersebut di sebuah rumah di Lot No. 4277 Taman Serindit Villa, Jalan Matahari Senyum Sedec, Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang, 15 September 2014
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada tempoh lima tahun dan sebatan minimum 10 kali.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA