Mh17 20 Jenazah Mangsa Nahas Selamat Tiba Di Tanah Air
Sepang, 22 OGOS - Dua puluh kenderaan yang membawa jenazah mangsa nahas MH17 melintas lalu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus selepas negara bertafakur seminit pada pukul 10.54 pagi untuk menghormati kumpulan pertama jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang hari ini.
Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Amsterdam, Belanda.
Tujuh belas keranda dan tiga bekas abu mayat dibaluti Jalur Gemilang, tanda penghormatan tertinggi negara dan dibuat secara penuh istiadat ketenteraan.
Tafakur selama seminit diadakan sebagai tanda menghormati mangsa sebelum kenderaan jenazah meninggalkan kompleks itu untuk menuju ke kampung halaman mangsa atau ke tempat pengurusan jenazah dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan.
Mengimbas kembali, pesawat MH17 bersama 298 penumpang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Juruterbang yang mengemudi MH6129..
Ketibaan Pesawat khas Malaysia Airlines MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17.
Antara yang hadir...
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Seri Paduka Baginda YDP Agong turut mencemar duli hadir pada hari ini..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Antara wartawan-wartawan yang hadir...
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Antara Pengarah-pengarah PDRM yang hadir..
Antara Pengarah-pengarah PDRM yang hadir..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Wakil-wakil agama yang hadir...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Antara menteri-menteri yang hadir...
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Istiadat menyambut jenazah mangsa tragedi MH17..
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Keluarga mangsa tragedi MH17...
Jenazah-jenazah mangsa dibawa keluar dari Kompleks Bunga Raya...
Jenazah-jenazah mangsa dibawa keluar dari Kompleks Bunga Raya...