Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program mentor-menti ini juga telah banyak diamalkan dalam sektor korporat, pusat penganjian tinggi, sistem pengurusan di Jepun serta negara-negara maju. Secara ringkasnya, pementoran merupakan satu p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-polis-wanita-tahun-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:09 MYT
Kuala Lumpur - 14 Mac 2011

"Melalui kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mensasarkan bahawa kaum wanita akan menguasai 55% daripada sektor pekerjaan menjelang tahun 2015. Berdasarkan trend semasa penglibatan golongan wanita dalam pembangunan negara, sekurang-kurangnya 30% daripada kumpulan pembuat keputusan adalah terdiri daripada kalangan wanita", antara isi ucapan Perasmian Seminar Mesyuarat Polis Wanita 2011 oleh YDH CP Dato' Hajah Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM pagi ini.

Sejajar dengan itu, untuk meningkatkan tahap profesional dan profesionalisme pegawai polis wanita, BAKA Bukit Aman telah berjaya melaksanakan Program Pementoran Pegawai Wanita sebanyak 5 kali. Ia bagi memantapkan lagi kecemerlangan pegawai kanan polis, selaras dengan dasar pucuk pimpinan dan keperluan semasa.

Program mentor-menti ini juga telah banyak diamalkan dalam sektor korporat, pusat pengajian tinggi, sistem pengurusan di Jepun serta negara-negara maju. Secara ringkasnya, pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh pegawai yang senior, berpengalaman dan terlatih kepada menti, iaitu pegawai bawahan baru yang perlukan bimbingan.

Antara objektif Program Pementoran Pegawai Polis Wanita :-

  1. Membimbing pegawai/anggota polis wanita.
  2. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personal, sosial dan kerjaya.
  3. Membina keprihatinan tinggi di kalangan pegawai polis wanita.
  4. Membudayakan kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi.
  5. Menerapkan amalan berterusan.
  6. Meningkatkan imej dan reputasi pegawai polis wanita.

"Berdasarkan faedah-faedah yang dijangka hasil daripada program mentor/menti ini, saya berpendapat usaha murni BAKA ini akan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi kepada semua warga polis termasuk pegawai dan anggota lelaki. Sudah sampai masanya imej PDRM dapat ditingkatkan lagi agar pasukan yang kita sayangi ini bertaraf dunia dan dihormati kawan dan lawan. Syabas kepada BAKA Bukit Aman kerana telah memperkenalkan dan berjaya membudayakan pementoran di kalangan pegawai polis wanita PDRM", YDH Pengarah Pengurusan PDRM mengakhiri ucapan  dan merasmikan Seminar Mesyuarat Polis Wanita 2011.

Turut hadir pagi ini adalah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Yong Lee Choo, Penolong Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas, YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal), YDH Datin-datin dan pegawai kanan polis wanita.

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
Pendaftaran peserta... 

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
Ketibaan YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
Antara peserta yang hadir...

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
Dari kiri... YDH Penolong Pengarah Seksyen Penyelidikan Dan Keurusetiaan Cawangan Khas, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal) dan YDH ACP Rosniah Ramle, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan)

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
YDH CP Dato' Hajah Robiah binti Abdul Ghani menyampaikan amanat dan ucapan perasmian

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
YDH Datin Hajah Dr. Laila binti Haji Ali, Ketua Penolong Pengarah Kaunseling BAKA PDRM membentangkan laporan kajian keberkesanan program pementoran polis wanita PDRM

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
YDH SAC Dato' Aishah binti Mohamad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) membentangkan Arahan Pentabdiran Bil. 02/2011

Mesyuarat Polis Wanita Tahun 2011
Bergambar kenangan bersama YDH Pengarah Pengurusan PDRM


Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Wartawan : L/kpl Edwind Indo
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM