Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Australia yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri Australia, H.E. Brendon O' Connor dan Pesuruhjaya Polis Australia, Commissio..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/menteri-dalam-negeri-dan-pesuruhjaya-polis-australia-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:48 MYT
Bukit Aman, 14 Mac 2011 - Bukit Aman pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Australia yang turut terdiri daripada Menteri Dalam Negeri Australia, H.E. Brendon O' Connor dan Pesuruhjaya Polis Australia, Commissioner Tony Negus.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala mengenai soal keselamatan antara Malaysia dan Australia. Perbincangan secara tertutup yang berlangsung di Pejabat Ketua Polis Negara ini turut dihadiri oleh YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin Bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) serta beberapa Pegawai Kanan PDRM.

Perkara yang menjadi isu utama dalam pertemuan ini ialah berkenaan dengan usaha sama dalam menangani kegiatan keganasan, pemerdagangan serta penyeludupan manusia, jenayah rentas sempadan, penggubahan wang haram, penyeludupan senjata api, masalah dadah, penjualan/pembelian saham dalam talian dan jenayah siber. Semua kegiatan jenayah tersebut adalah berkait rapat dengan pergerakan manusia, transaksi kewangan dan aktiviti jenayah kolar putih (pemalsuan dokumen dalam konteks sindiket jenayah terancang).

Turut dibincangkan secara lebih terperinci ialah mengenai inisiatif yang sedang diusahakan oleh Malaysia bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan menerusi penubuhan Malaysian Academy on Transnational Organised Crime (MATOC) di Langkawi Kedah. Dato' Seri Hishammuddin juga melahirkan keyakinan beliau bahawa kerjasama kukuh antara Malaysia-Australia ini akan dapat dikembangkan lagi untuk masa hadapan. Delegasi turut melawat Pangkalan Marin Port Klang untuk melihat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh PDRM dalam usaha mengukuhkan kerjasama tersebut.

 Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
 YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar bersama rakan sejawatannya Commisioner Tony Negus menuju ke bilik perbincangan.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
Commisioner Tony Negus menandatangani buku lawatan di Pejabat KPN, Tingkat 31 Menara 1 Bukit Aman.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
Delegasi Australia bersama YDH Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama rakan sejawatannya dari Australia, H.E Brendon O' Connor.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
Delegasi Australia bergambar kenangan bersama pucuk pimpinan PDRM.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
Delegasi Australia dibawa menaiki Bot Marin menyusuri sempadan perairan di Port Kelang, Selangor.

Menteri Dalam Negeri Dan Pesuruhjaya Polis Australia Di Bukit Aman
Antara anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang bersiap sedia dalam apa jua keadaan cuaca bagi menjaga keselamatan perairan negara.

Wartawan     :   Konst. Norliza Basrah
Gambar        :   L/Kpl Baharin  

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM