Artikel
Mesyuarat Pengelola Sukan Pdrm Pt Latihan Kontinjen Briged Dan Formasi 2014 Bil 1 2014
Telah berlangsung Mesyuarat Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged Dan Formasi 2014 Bil 1/2014 di Bilik Mesyuarat Tingkat 16, Menara 1 Jabatan Logis...
Bukit Aman, 15 Jan - Telah berlangsung Mesyuarat Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged Dan Formasi 2014 Bil 1/2014 di Bilik Mesyuarat Tingkat 16, Menara 1 Jabatan Logistik Bukit Aman, hari ini.
Dipengerusikan oleh YDH Dato' Abdul Ghafar Bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Merangkap Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, mesyuarat ini mengumpulkan seramai 70 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged/Formasi.
Tujuan dan matlamat mesyuarat ini adalah bagi menyelaraskan aktiviti dan kalendar sukan Peringkat Piala Ketua Polis Negara, MAKSAK Malaysia dan Kejohanan Sukan Polis Asean, sekaligus memutuskan tuan rumah bagi pengelolaan setiap Sukan Piala KPN 2014.
DSP Mohd Sukri bin Kaman, Setiausaha Majlis PDRM bertanggungjawab bagi melaporkan keseluruhan pencapaian sukan sepanjang tahun 2013 untuk makluman ahli mesyuarat yang hadir.
Tidak lupa juga pengelola Sukan PDRM diberi peluang untuk membincangkan kaedah dan langkah yang perlu diambil bagi mengangkat martabat Sukan PDRM.
Segala perancangan dan idea diharapkan dapat dilaksanakan bagi mengharungi kalendar sukan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa tahun 2014.
Sokongan dan kepimpinan tertinggi PDRM yang sentiasa memberi suntikan semangat diharapkan atlet mahupun pegawai pasukan agar dapat memberikan hasil yang terbaik demi menaikkan nama PDRM.
Pendaftaran ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged/Formasi.
Pendaftaran ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged/Formasi.
Pendaftaran ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengelola Sukan PDRM, PT Latihan Kontinjen/Briged/Formasi.
Pegawai dan Anggota Majlis Sukan PDRM Bukit Aman..
Sekitar mesyuarat...
Sekitar mesyuarat...
Sekitar mesyuarat...
Sekitar mesyuarat...
YDH Dato' Abdul Ghafar Bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Merangkap Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM mempengerusikan mesyuarat pada hari ini..