Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Pdrm Bersama Atm

Published: 09 Jun 2014 5.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Antara lain mesyuarat membincangkan kerjasama yang sedia terjalin antara PDRM dan ATM mengenai..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-pdrm-bersama-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:31 MYT
31 Januari 2008. Mesyuarat  kali ke 3 antara pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di Maktab PDRM, Cheras.

YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah mengetuai pucuk pimpinan PDRM dan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Abd Aziz bin Hj. Zainal, Panglima Angkatan Tentera mengetuai pucuk pimpinan tertinggi ATM.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah tujuh jabatan PDRM, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara.

Antara lain mesyuarat membincangkan kerjasama yang sedia terjalin antara PDRM dan ATM mengenai pembanterasan penyeludupan dadah, penyeludupan kenderaan, penyeludupan manusia, pencerobohan serta keselamatan di pulau-pulau perairan dan sempadan negara.

Mesyuarat Pdrm Bersama Atm
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Abd Aziz bin Hj. Zainal memeriksa Kawalan Kehormatan

Mesyuarat Pdrm Bersama Atm

Mesyuarat Pdrm Bersama Atm

Mesyuarat Pdrm Bersama Atm
ArticlePublished 09 Jun 2014 5.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM