Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia Dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 18

Published: 09 Jun 2014 3.19 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Deligasi Polis Diraja Malaysia di ketuai oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama 15 Pegawai Kanan PDRM..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-majlis-jawatankuasa-kerja-antara-malaysia-dan-thailand-mengenai-aktiviti-jenayah-ke-18
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT

Melaka - 23 November 2007. Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia Dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 18 (18 th Departmental Review Of Joint Malaysia - Thailand Working Committee On Criminal Activities Meeting ) telah di adakan di Holiday Inn Hotel & Resort, Melaka. Mesyuarat dua hari bermula pada 21 November dan berakhir pada 22 November 2007.

Deligasi Polis Diraja Malaysia di ketuai oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama 15 orang Pegawai Kanan PDRM sementara deligasi Polis Thailand di ketuai Pol. General Dato' Prung Boonpadung, Timbalan Ketua Polis Negara Thailand dan 15 orang Pegawai Kanan Polis Thailand.

Sejak bulan Julai 2006 hingga September 2007, seramai 45 orang Pegawai Kanan Polis Thailand telah menghadiri Kursus Jenayah Siber dan Ekonomi, Kursus Narkotik dan Penyeludupan Kenderaan Curi di Maktab Polis Kuala Lumpur. Polis Diraja Malaysia pula menghantar seramai 95 orang Pegawai Kanan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Polis Thailand sejak bulan Julai 2006 hingga September 2007. Bagi tahun 2008, Polis Diraja Malaysia merangka beberapa kursus yang akan di adakan di Maktab Polis Kuala Lumpur iaitu kursus penyeludupan senjatapi, penyeludupan manusia dan jenayah siber dan ekonomi.

Selain bertukar-tukar pengetahuan dan kepakaran, mesyuarat kali ini membincangkan perkara berkaitan sindiket penyeludupan dadah, penyeludupan senjatapi dan pengganas, penyeludupan manusia, keselamatan sempadan kedua-dua negara, curi kenderaan dari Malaysia ke Thailand, jenayah siber dan ekonomi serta risikan keselamatn kedua-dua negara.

Dalam sidang akhbar oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia dengan persetujuan kerajaan baru-baru ini akan mengambil alih kawalan keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Kubur di Kelantan dan Padang Besar di Perlis. Selain mengetuai kawalan keselamatan di sempadan berkenaan, Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan kerjasama dengan Polis Thailand terutama berkaitan risikan maklumat kegiatan penyeludupan senjatapi, dadah dan kesalahan lain-lain jenayah. Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga membuat perancangan supaya Pondok Polis di pendalaman Sabah dan Sarawak diambilalih Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi meningkatkan hubungan polis di kawasan pendalaman dengan di kawasan sempadan dengan kerjasama erat dari Angkatan Tentera Malaysia.

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia Dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 18
Cenderahati...Pol. General Dato' Prung Boonpadung, Timbalan Ketua Polis Negara Thailand menyampaikan cenderahati kepada YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di majlis pembukaan dan memperkenalkan deligasi kedua-dua negara.

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia Dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 18
Gambar Kenangan..Deligasi kedua-dua negara bergambar kenangan di hadapan Holiday Inn Hotel & Resort, Melaka.

ArticlePublished 09 Jun 2014 3.19 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM