Latihan Dan Taklimat Khas Oleh Ydh Dato Ismail Bin Haji Omar Timbalan Ketua Polis Negara
Bukit Aman - 24 November 2007. Latihan dan Taklimat Khas disampaikan oleh YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, telah di adakan jam 10.00 pagi di Tempat Letak Kereta, Bangunan 4 Tingkat Bukit Aman.
Hadir di Latihan dan Taklimat Khas tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan serta anggota dari semua jabatan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.
Latihan dan Taklimat Khas ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerja yang tinggi bagi warga Bukit Aman didalam bersama-sama membanteras segala macam jenayah yang sedang mengugat keselamatan negara. Ianya juga untuk menguji perintah dan arahan dari pihak pucuk pimpinan kepada pegawai-pegawai kanan disampaikan kepada anggota dibawah penyeliaan masing-masing. Latihan dan Taklimat Khas yang diadakan ini juga kepada semua warga Bukit Aman untuk bersiap sedia bagi menghadapi apa jua kemungkinan dan membantu kontinjen-kontinjen, bak kata pepatah ' yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing' dan selaras dengan fungsi dan peranan dibawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1957.

Sedia Berkhidmat...YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara memberi taklimat kepada pegawai kanan dan anggota yang hadir dari semua jabatan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.