Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah

Published: 11 Jun 2014 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyempurnakan upacara perasmian Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah kali ini. Beliau turut melapangkan masa untuk menyampa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-ketua-ketua-jabatan-siasatan-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:57 MYT
Subang, 26 April 2011 - Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bil 1/2011 telah diadakan di The Saujana Hotel, dengan upacara perasmiannya disempurnakan oleh YDH Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau turut melapangkan masa untuk menyampaikan mandat pucuk pimpinan, di samping mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan, Penolong-Penolong Pengarah Jabatan dan juga Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen. Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.

Antara isu yang akan dititikberatkan dalam mesyuarat kali ini adalah pendekatan memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system) kepada masyarakat, peningkatan pengunaan teknologi terkini lagi canggih dalam meningkatkan kualiti penyiasatan oleh Pegawai Penyiasat dan juga Penolong Pegawai Penyiasat, meningkatkan pertuduhan kes di mahkamah dan juga mengurangkan rasa ketidakpuasan hati masyarakat.

Semoga mesyuarat ini akan membuahkan hasil serta resolusi positif dalam memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah ke arah memartabatkan PDRM sebagai satu pasukan yang unggul.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Ucapan alu-aluan daripada YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah CP Dato' Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Ucapan perasmian mesyuarat oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Perbincangan dua hala pemimpin PDRM.

Mesyuarat Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Antara yang hadir dalam mesyuarat kali ini.
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM