Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Kerjasama Ke 7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard Kcg

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Mesyuarat ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan dua hala dan mempertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua agensi dalam menangani ancaman maritim di rantau ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-kerjasama-ke-7-antara-pasukan-polis-marin-bersama-korea-coast-guard-kcg
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:05 MYT

Putrajaya - 18 Disember 2008. Hari ini, Mesyuarat Kerjasama Ke-7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard (KCG) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pangkalan Polis Marin Putrajaya, Persint 8, Putrajaya. Pasukan Polis Marin Malaysia dan Korea Coast Guard telah menjalinkan hubungan dua hala sejak tahun 2001 dan mesyuarat ini diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun.

YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin mengetuai deligasi 12 orang pegawai kanan PDRM, manakala rombongan Korea Coast Guard seramai 5 orang pula diketuai oleh Senior Supt. General Kim Seung Soo, Director General Of Guard And Rescue Bureau.

Kemajuan teknologi maklumat dan globalisasi bukan sahaja menjejaskan ekonomi dan sosial sesebuah negara, ia turut juga mempengaruhi perlakuan jenayah di perairan negara dan juga antarabangsa. Oleh itu, jaringan kerjasama hendaklah dibentuk dengan semua agensi-agensi penguatkuasa maritim yang lain bagi mengawal perarairan negara dan juga antarabangsa seperti di Selat Melaka dan juga Laut Cina Selatan.

Bagi menjamin keselamatan kapal-kapal yang belayar di perairan negara ini, bantuan dua hala diperlukan seperti perkongsian maklumat dengan negara-negara jiran dan juga lain-lain rakan sejawat  dari Asia. Bagi memantapkan rangkaian kerjasama ini, Polis Diraja Malaysia lebih bersedia untuk mengawal perairan negara dari ancaman mana-mana pihak dengan memantapkan jaringan kerjasama, meningkatkan keupayaan dan kecekapan, berkongsi kepakaran dan pengetahuan bagi menghadapi kejadian yang sebenar.

Sepanjang 8 tahun ini, kedua-dua agensi telah membentuk satu platform antarabangsa, mempereratkan hubungan dua hala serta mempertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua agensi dalam menangani ancaman maritim di rantau ini. Malah, pada tahun 2004 dan 2006, Korea Coast Guard telah menghantar sebuah kapal peronda  yang dilengkapi dengan 2 buah helikopter ke Malaysia untuk latihan bersama dengan Polis Diraja Malaysia.

Selain pertemuan dua hala dan latihan bersama, kedua-dua pihak juga menubuhkan kerjasama pertukaran pegawai - pegawai dan sepanjang 3 tahun sejak tahun 2006, Korea Coast Guard telah mengelolakan program pertukaran kakitangan agensi-agensi Asia Coast Guard. Program ini adalah juga satu mekanisme bagi meningkatkan persahabatan dan pemahaman  serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menangani jenayah maritim.

Antara isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini juga ialah masalah pengurusan di kedua-dua pihak, menjalankan operasi bersama di Selat Melaka dan juga Laut Cina Selatan dan membincangkan aspek-aspek latihan bagi memantapkan lagi kedua-dua agensi.



Mesyuarat Kerjasama Ke 7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard Kcg
Sidang akhbar...dari kiri, YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin dan Senior Supt. General Kim Seung Soo, Director General Of Guard And Rescue Bureau

Mesyuarat Kerjasama Ke 7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard Kcg
Sesi bergambar di Pangkalan Polis Marin Putrajaya.

Mesyuarat Kerjasama Ke 7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard Kcg
Deligasi Korea Coast Guard (KCG) dibawa melawat sekitar Tasik Putrajaya setelah selesai mesyuarat.

Mesyuarat Kerjasama Ke 7 Antara Pasukan Polis Marin Bersama Korea Coast Guard Kcg
Melalui hadapan Istana Melawati...keindahan Tasik Putrajaya menambat hati deligasi Korea Coast Guard

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM