Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism

Published: 09 Jun 2014 8.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-jawatankuasa-kerja-2nd-table-top-exercise-on-preventing-bioterrorism
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:44 MYT

Kuala Lumpur - 19 Ogos 2008. Polis Diraja Malaysia telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism' telah diadakan di Sultan's Ballroom, Hotel Le-Meridien, Kuala Lumpur dari  19 Ogos 2008 hingga 20 Ogos 2008.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol selaku Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism'.

Seramai 30 orang peserta dari luar negara, wakil-wakil pemerhati dari PDRM dan juga Sekretariat IPSG telah terlibat di  dalam mesyuarat tersebut. Antara negara-negara yang menyertai mesyuarat tersebut ialah dari India, Pakistan, Singapura, Philippina, Australia dan Malaysia.

Definasi 'Bioterrorism' merujuk kepada dengan sengaja  membebaskan ejen-ejen atau toksin-toksin biologi bagi tujuan membahayakan dan membunuh manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan dengan niat untuk mengugut atau memaksa sebuah kerajaan atau penduduk awam dari sudut politikal atau objektif-objektif sosial.

Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism' adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan serta berkongsi maklumat sebagai persediaan untuk mengkordinasikan respons untuk  kejadian bioterrorism antarabangsa  di kalangan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan pihak berkuasa nasional.

Matlamat dan Objektif Eksesais
1.  Menggalakkan lebih banyak kerjasama antara organisasi.

2. Meningkatkan kesedaran kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berkaitan tanggungjawab dan  tindakan terhadap ancaman 'Bioterrorism'.

3. Mengenal pasti halangan untuk persediaan dan tindakan  terhadap 'Bioterrorism' yang tidak diperlukan di kalangan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan pihak berkuasa nasional.

4. Mengukuhkan komunikasi dan hubungan-hubungan di kalangan pelbagai pertubuhan-pertubuhan.

5. Memantapkan koordinasi dan kerjasama di antara organisasi-organisasi dalam kepelbagaian isu seperti ancaman dan bahaya dalam  bidang perubatan dan kesihatan awam, diterima dari maklumat yang disampaikan oleh masyarakat dan perhubungan media.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Ucapan Perasmian...Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism', Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Delegasi dari Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Antara delegasi yang hadir mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol  bersama sekretariat yang terlibat

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol menyampaikan cenderahati kepada wakil  PDRM, Supt. Gan Tack Guan

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM